Dalam seni fotografi lukisan cahaya ini terdapat pelbagai teknik dalam menghasilkannya. Antara salah satu tekniknya ialah teknik menetapkan tetapan kamera.
Menetapkan MOD Kamera
Mod kamera |
Mod manual (M) lebih sesuai kerana kamera akan di setkan mengikut kehendak fotografer itu, dan bukan kamera yang setkan untuk kita. M mod mudah dalam seni lukis ini, kerana apabila menggunakan mod auto seni lukis tidak akan menjadi.
Menetapkan kelajuan pengatup (shutter speed)
Kelajuan pengatup kamera |
Kebiasaannya jurugambar akan menggunakan kelajuan pengatup setkan kepada BULB, kerana tiada had masa. Kita juga boleh setkan kepada kelajuan masa seperti 10 saat, 15 saat, 20 saat, 30 saat dan sebagainya.
Menetapkan aperture
Aperture kamera |
Fungsinya adalah untuk membuatkan pengcahayaan terang (contoh bagi tetapan f/6 kebawah) dan pengcahayaan tidak terang (contoh bagi tetapan f/9 keatas). Selain itu aperture yang tinggi membuatkan cahaya daripada lampu suluh menjadi jelas atau sharp dan aperture rendah membuatkan cahaya lampu suluh menjadi besar dan mengaburkan garisan cahaya lampu suluh.
Menetapkan ISO kamera
ISO kamera |
Semakin tinggi ISO, semakin sensitif kamera terhadap cahaya. Oleh itu penetapan ISO mestilah menepati objek yang hendak diambil. Bagi seni fotografi lukisan cahaya ini ISO 100 dan 200 sudah bagus.
0 comments:
Post a Comment