Ball Unhappy Cool Fast One line

Last Present for class WEB

Friday 16 December 2011 | 0 comments

Fuh.. alhamdulillah selesai juga akhirnya pembentangan untuk subjek pembangunan blog dan laman web nih. Thanks to my partner Abdul Rahman do it a great prensentation .. hee.. Mula-mula ketaq2 gak la nk present first website yg kami buat men hentam je la semue nih, design men tibai & template mmg amik layout on9 la..nk design x pandai kn.. Tp selepas bertungkus lumus buat dalam masa yg agak lama iaitu 2 hari jer, akhirnya siap juga. Punya la smpai x tdo bwt, cz kje last minute bese la dak U :).. Esk nak anta arini baru buat..haha :).. Tapi papehal pengalaman create website sendiri bukan senang ooo bagi ametur macam kami ni..
Thnks 4 our lecture EN.MOHAS.. X kerana dye, xdenye kami nk buat mende gni.. hee.. So this our simple website mengenai MUDAHORIGAMI.. 

so kepada sesiapa nak lihat lebih kami punya website click this link

p/s: credit to ar-usman.blogspot.com dan www.origami-fun.com.

Contoh-Contoh Hasil Seni Fotografi Lukisan Cahaya

Saturday 12 November 2011 | 1 comments

Ini adalah contoh hasil daripada seni fotografi lukisan cahaya. :)
























Cara-Cara Menggunakan Teknik Gerakan Kamera

| 0 comments

Teknik gerakan sumber cahaya telah di terangkan, kini akan diterangkan cara-cara menggunakan teknik gerakan kamera iaitu teknik yang dikenali dengan paint brush.

Cara pertama ialah sediakan kamera:
Dalam cara ini, tripod tidak digunakan. Kamera dipegang .
Kamera dipegang

Cara kedua ialah tetapkan kamera:
Tetapkan kamera mengenai mod, kelajuan pengatup, iso dan aperture serta tetapkan fokus.

Tetapan kamera

Cara ketiga ialah mencari sumber cahaya:
Contoh sumber cahaya

Cahaya keempat ialah menggerakkan kamera:
Mula shooting. Kamera digerakkan mengikut kehendak sendiri.
Contoh hasil gerakan kamera


Cara-Cara Menggunakan Teknik Gerakan Cahaya

| 0 comments

Selepas sudah mengetahui asas,teknik dan fokus dalam seni fotografi lukisan cahaya ini, kini kita akan mencuba teknik-teknik ini dalam membuat lukisan cahaya ini. Teknik yang pertama ialah teknik gerakan cahaya, iaitu teknik yang menggerakkan sumber cahaya dalam menghasilkan gambar lukisan cahaya ini. Teknik ini popular di kalangan pelukis cahaya.


Cara pertama ialah sediakan kamera: 
Sediakan Kamera


Cara kedua ialah sediakan sumber cahaya:
Menggunakan sumber cahaya yang boleh digunakan
Contoh sumber cahaya


Cara ketiga ialah tetapkan kamera: 
Tetapkan kamera mengenai mod, kelajuan pengatup, iso dan aperture serta tetapkan fokus.
Tetapan kamera


Cara keempat ialah gerakkan sumber cahaya:
Mulakan shooting.
Hasil gerakan sumber cahaya

Tutorial Fokus Dalam Gelap Bahagian 3

| 0 comments

Assist-lamp

Auto-fokus dan manual-fokus telah diterangkan penggunaanya dalam seni fotografi lukisan cahaya ini. Tutorial bahagian 3 ini mengenai fokus yang terakhir dalam lukisan cahaya ini. Fokus ini dikenali bantuan atau "assisted" auto-fokus(AF). Fokus ini merupakan fokus yang setakat ini paling mudah, tetapi fokus ini hanya boleh dilakukan apabila subjek berdekatan dengan kamera. Kamera atau flash gun yang mempunyai "assist-lamp" diperlukan.


Bantuan Auto-Fokus(AF):-

Langkah 1 menyediakan kamera: 
Letakkan kamera diatas tripod dan pilih kedudukan untuk tangakapan gambar anda. Kedudukan mestilah tetap dan kearah tempat hendak melakukan lukisan cahaya. Pastikan sebarang objek daripada bingkai kamera untuk mengenalpasti tempat kamera fokus.




Langkah 2 menggunakan assist lamp
Jika kamera anda mempunyai assist lamp, anda tidak perlu membuat apa-apa lagi. Jika anda menggunakan flashgun, pastikan lampu flash tunjuk kepada subjek.



Langkah 3 fokus: 
Tetapkan kamera kepada auto-fokus, perlahan-lahan tekan shutter button untuk kunci fokus. Jika fokus subjek anda berdekatan dengan kamera, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah. Jika kamera anda tidak boleh kunci fokus, anda terpaksa menggunakan teknik auto-fokus(AF) atau manual-fokus(MF).



Langkah 4 tukar kepada fokus manual(MF) pilihan:
Jika anda sedang menggerakkan objek atau menggunakan flashgun, anda perlu menukarkan kepada MF supaya kamera tidak perlu mencari fokus lain. Anda boleh tidak menggunakan jika anda mahu.





Langkah 5 Mulakan "Shooting":
Dalam keadaan MF, fokus kamera anda tidak akan berubah untuk anda bergambar. Jangan lupa jika anda bergerak atau menukar panjang fokus zoom lensa, anda perlu memfokus semula. 

Tutorial Fokus Dalam Gelap Bahagian 2

| 0 comments

Pada tutorial fokus dalam gelap bahagian 1, telah menerangkan langkah menggunakan auto-fokus dalam menjalankan teknik fotografi lukisan cahaya. Kini tutorial mengenai fokus yang digunakan oleh pelukis-pelukis pakar lukisan cahaya ini, iaitu dengan menggunakan fokus manual (MF). 
Manual fokus
Penggunaan MF ini dalam lukisan cahaya ini sangat rumit daripada menggunakan auto-fokus(AF), kerana kamera perlu ditetapkan dengan betul terutamanya bagi mengelakkan gambar menjadi kabur. Tetapi penggunaan MF ini sangat cepat dalam memfokus subjek dengan tepat. Langkahnya lebih kurang dengan AF, tetapi lagi mudah.



Fokus Manual(MF):-

Langkah 1 menyediakan kamera: 
Letakkan kamera diatas tripod dan pilih kedudukan untuk tangakapan gambar anda. Kedudukan mestilah tetap dan kearah tempat hendak melakukan lukisan cahaya. Pastikan sebarang objek daripada bingkai kamera untuk mengenalpasti tempat kamera fokus.




Langkah 2 menetapkan Manual-Fokus(MF): 
Kamera ditetapkan kepada MF.


Langkah 3 menerangkan kawasan:
Nyalakan lampu suluh dan suluh kepada kawasan yang hendak dibuat lukisan cahaya. 








Langkah 4 fokus: 
Sebaik sahaja kawasan diterangkan, lihat fokus di "live view" kamera bagi kamera yang ada. Bagi yang tiada live view lihat di "view finder" pemidang tilik. Ubah fokus mengikut kesukaan anda.




Langkah 6 Mulakan "Shooting":
Dalam keadaan MF, fokus kamera anda tidak akan berubah untuk anda bergambar. Jangan lupa jika anda bergerak atau menukar panjang fokus zoom lensa, anda perlu memfokus semula. 

Tutorial Fokus Dalam Gelap Bahagian 1

| 0 comments

Suasana gelap sukar untuk fokus kamera
Seni fotografi lukisan cahaya ini kebiasannya dilakukan di tempat yang gelap. Oleh itu untuk melakukannya di dalam gelap, jurugambar perlu pandai dalam menetapkan atau setkan tetapan kamera dengan betul bagi mengelakkan kesilapan semasa melakukan lukisan cahaya ini. Bagi orang yang baru mula dalam seni lukis cahaya ini, fokus dalam gelap mendatangkan masalah kepada mereka. Hal ini kerana auto fokus tidak dapat berfungsi dalam gelap, kerana tidak dapat mengesan sebarang cahaya di kawasan gelap. Dengan ini tutorial ini akan menerangkan serba sedikit mengenai fokus dalam gelap.


Langkah ini untuk membolehkan fokus berfungsi untuk menerangi objek.


Auto-Fokus(AF):-


Langkah 1 menyediakan kamera: 
Letakkan kamera diatas tripod dan pilih kedudukan untuk tangakapan gambar anda. Kedudukan mestilah tetap dan kearah tempat hendak melakukan lukisan cahaya. Pastikan sebarang objek daripada bingkai kamera untuk mengenalpasti tempat kamera fokus.






Langkah 2 menetapkan auto-fokus(AF): 
Menetapkan auto-fokus di lensa kamera. Kamera akan mula mencari sesuatu untuk memberi tumpuan, tetapi kemungkinan tiada apa yang dijumpai kerana gelap. Oleh itu tetapkan tempat auto-fokus di tempat yang dikehendaki jika perlu.








Langkah 3 menerangkan kawasan:
Nyalakan lampu suluh dan suluh kepada kawasan yang hendak dibuat lukisan cahaya. Pastikan suluh ditengah-tengah kawasan tersebut dan lensa kamera dapat melihat cahaya tersebut. Boleh mengerakkan kamera bagi mendapat fokus tempat cahaya lampu suluh. Kamera boleh diletakkan ke tempat asal jika lensa kamera dapat fokus tempat tersebut.



Langkah 4 fokus: 

Sebaik sahaja subjek dinyalakan, teruskan untuk mengunci tumpuan ke atas subjek. Kebiasaannya ringan apabila menekan butang pengatup (shutter button) semasa mengunci tumpuan.








Langkah 5 Tukar kepada fokus manual(MF):
Selepas subjek dikunci, tukar auto-fokus (AF) kepada MF. Ini mengelakkan daripada kamera mencari lagi subjek untuk fokus apabila "shutter button" ditekan. berhati-hati semasa supaya tidak menyentuh "focus ring" kerana subjek akan menjadi blur atau hilang fokus.






Langkah 6 Mulakan Bergambar:
Dalam keadaan MF, fokus kamera anda tidak akan berubah untuk anda bergambar. Jangan lupa jika anda bergerak atau menukar panjang fokus zoom lensa, anda perlu memfokus semula. 
 
© Copyright 2010-2011 Seni Fotografi Lukisan CAHAYA All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.