Ball Unhappy Cool Fast One line
Showing posts with label Teknik. Show all posts
Showing posts with label Teknik. Show all posts

Teknik Menggerakkan Sumber Cahaya

Friday, 11 November 2011 | 0 comments

Sumber cahaya dalam seni fotografi lukisan cahaya penting kerana cahaya tersebut merupakan subjek di dalam gambar tersebut. Sumber ini boleh diperolehi melalui peralatan yang digunakan untuk melukis seperti lampu suluh dan seangkatan dengannya yang mengeluarkan cahaya. Contohnya:


Lampu suluh

Bunga api




Kayu bercahaya (glowsticks)


Laser



Poi Ball


Lightsabers

Sumber cahaya diatas boleh digerakkan mengikut keinginan jurugambar dalam membuat sebarang bentuk yang menjadi objek kepada lukisan cahaya ini.

Selalunya pergerakan ini perlu dilakukan berulang kali bagi mendapatkan objek dalam bentuk yang tepat. 

Teknik Tetapan Kamera

| 0 comments

Dalam seni fotografi lukisan cahaya ini terdapat pelbagai teknik dalam menghasilkannya. Antara salah satu tekniknya ialah teknik menetapkan tetapan kamera. 


Menetapkan MOD Kamera


Mod kamera
Mod manual (M) lebih sesuai kerana kamera akan di setkan mengikut kehendak fotografer itu, dan bukan kamera yang setkan untuk kita. M mod mudah dalam seni lukis ini, kerana apabila menggunakan mod auto seni lukis tidak akan menjadi.


Menetapkan kelajuan pengatup (shutter speed)

Kelajuan pengatup kamera
Kebiasaannya jurugambar akan menggunakan kelajuan pengatup setkan kepada BULB, kerana tiada had masa. Kita juga boleh setkan kepada kelajuan masa seperti 10 saat, 15 saat, 20 saat, 30 saat dan sebagainya.




Menetapkan aperture


Aperture kamera
Fungsinya adalah untuk membuatkan pengcahayaan terang (contoh bagi tetapan f/6 kebawah) dan pengcahayaan tidak terang (contoh bagi tetapan f/9 keatas). Selain itu aperture yang tinggi membuatkan cahaya daripada lampu suluh menjadi jelas atau sharp dan aperture rendah membuatkan cahaya lampu suluh menjadi besar dan mengaburkan garisan cahaya lampu suluh.



Menetapkan ISO kamera


ISO kamera

Semakin tinggi ISO, semakin sensitif kamera terhadap cahaya. Oleh itu penetapan ISO mestilah menepati objek yang hendak diambil. Bagi seni fotografi lukisan cahaya ini ISO 100 dan 200 sudah bagus.
 
© Copyright 2010-2011 Seni Fotografi Lukisan CAHAYA All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.