Ball Unhappy Cool Fast One line

Tutorial Fokus Dalam Gelap Bahagian 1

Saturday 12 November 2011

Suasana gelap sukar untuk fokus kamera
Seni fotografi lukisan cahaya ini kebiasannya dilakukan di tempat yang gelap. Oleh itu untuk melakukannya di dalam gelap, jurugambar perlu pandai dalam menetapkan atau setkan tetapan kamera dengan betul bagi mengelakkan kesilapan semasa melakukan lukisan cahaya ini. Bagi orang yang baru mula dalam seni lukis cahaya ini, fokus dalam gelap mendatangkan masalah kepada mereka. Hal ini kerana auto fokus tidak dapat berfungsi dalam gelap, kerana tidak dapat mengesan sebarang cahaya di kawasan gelap. Dengan ini tutorial ini akan menerangkan serba sedikit mengenai fokus dalam gelap.


Langkah ini untuk membolehkan fokus berfungsi untuk menerangi objek.


Auto-Fokus(AF):-


Langkah 1 menyediakan kamera: 
Letakkan kamera diatas tripod dan pilih kedudukan untuk tangakapan gambar anda. Kedudukan mestilah tetap dan kearah tempat hendak melakukan lukisan cahaya. Pastikan sebarang objek daripada bingkai kamera untuk mengenalpasti tempat kamera fokus.






Langkah 2 menetapkan auto-fokus(AF): 
Menetapkan auto-fokus di lensa kamera. Kamera akan mula mencari sesuatu untuk memberi tumpuan, tetapi kemungkinan tiada apa yang dijumpai kerana gelap. Oleh itu tetapkan tempat auto-fokus di tempat yang dikehendaki jika perlu.








Langkah 3 menerangkan kawasan:
Nyalakan lampu suluh dan suluh kepada kawasan yang hendak dibuat lukisan cahaya. Pastikan suluh ditengah-tengah kawasan tersebut dan lensa kamera dapat melihat cahaya tersebut. Boleh mengerakkan kamera bagi mendapat fokus tempat cahaya lampu suluh. Kamera boleh diletakkan ke tempat asal jika lensa kamera dapat fokus tempat tersebut.



Langkah 4 fokus: 

Sebaik sahaja subjek dinyalakan, teruskan untuk mengunci tumpuan ke atas subjek. Kebiasaannya ringan apabila menekan butang pengatup (shutter button) semasa mengunci tumpuan.








Langkah 5 Tukar kepada fokus manual(MF):
Selepas subjek dikunci, tukar auto-fokus (AF) kepada MF. Ini mengelakkan daripada kamera mencari lagi subjek untuk fokus apabila "shutter button" ditekan. berhati-hati semasa supaya tidak menyentuh "focus ring" kerana subjek akan menjadi blur atau hilang fokus.






Langkah 6 Mulakan Bergambar:
Dalam keadaan MF, fokus kamera anda tidak akan berubah untuk anda bergambar. Jangan lupa jika anda bergerak atau menukar panjang fokus zoom lensa, anda perlu memfokus semula. 

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Seni Fotografi Lukisan CAHAYA All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.