Ball Unhappy Cool Fast One line

Tutorial Fokus Dalam Gelap Bahagian 2

Saturday 12 November 2011

Pada tutorial fokus dalam gelap bahagian 1, telah menerangkan langkah menggunakan auto-fokus dalam menjalankan teknik fotografi lukisan cahaya. Kini tutorial mengenai fokus yang digunakan oleh pelukis-pelukis pakar lukisan cahaya ini, iaitu dengan menggunakan fokus manual (MF). 
Manual fokus
Penggunaan MF ini dalam lukisan cahaya ini sangat rumit daripada menggunakan auto-fokus(AF), kerana kamera perlu ditetapkan dengan betul terutamanya bagi mengelakkan gambar menjadi kabur. Tetapi penggunaan MF ini sangat cepat dalam memfokus subjek dengan tepat. Langkahnya lebih kurang dengan AF, tetapi lagi mudah.



Fokus Manual(MF):-

Langkah 1 menyediakan kamera: 
Letakkan kamera diatas tripod dan pilih kedudukan untuk tangakapan gambar anda. Kedudukan mestilah tetap dan kearah tempat hendak melakukan lukisan cahaya. Pastikan sebarang objek daripada bingkai kamera untuk mengenalpasti tempat kamera fokus.




Langkah 2 menetapkan Manual-Fokus(MF): 
Kamera ditetapkan kepada MF.


Langkah 3 menerangkan kawasan:
Nyalakan lampu suluh dan suluh kepada kawasan yang hendak dibuat lukisan cahaya. 








Langkah 4 fokus: 
Sebaik sahaja kawasan diterangkan, lihat fokus di "live view" kamera bagi kamera yang ada. Bagi yang tiada live view lihat di "view finder" pemidang tilik. Ubah fokus mengikut kesukaan anda.




Langkah 6 Mulakan "Shooting":
Dalam keadaan MF, fokus kamera anda tidak akan berubah untuk anda bergambar. Jangan lupa jika anda bergerak atau menukar panjang fokus zoom lensa, anda perlu memfokus semula. 

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Seni Fotografi Lukisan CAHAYA All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.