Ball Unhappy Cool Fast One line

Tutorial Fokus Dalam Gelap Bahagian 3

Saturday 12 November 2011

Assist-lamp

Auto-fokus dan manual-fokus telah diterangkan penggunaanya dalam seni fotografi lukisan cahaya ini. Tutorial bahagian 3 ini mengenai fokus yang terakhir dalam lukisan cahaya ini. Fokus ini dikenali bantuan atau "assisted" auto-fokus(AF). Fokus ini merupakan fokus yang setakat ini paling mudah, tetapi fokus ini hanya boleh dilakukan apabila subjek berdekatan dengan kamera. Kamera atau flash gun yang mempunyai "assist-lamp" diperlukan.


Bantuan Auto-Fokus(AF):-

Langkah 1 menyediakan kamera: 
Letakkan kamera diatas tripod dan pilih kedudukan untuk tangakapan gambar anda. Kedudukan mestilah tetap dan kearah tempat hendak melakukan lukisan cahaya. Pastikan sebarang objek daripada bingkai kamera untuk mengenalpasti tempat kamera fokus.




Langkah 2 menggunakan assist lamp
Jika kamera anda mempunyai assist lamp, anda tidak perlu membuat apa-apa lagi. Jika anda menggunakan flashgun, pastikan lampu flash tunjuk kepada subjek.



Langkah 3 fokus: 
Tetapkan kamera kepada auto-fokus, perlahan-lahan tekan shutter button untuk kunci fokus. Jika fokus subjek anda berdekatan dengan kamera, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah. Jika kamera anda tidak boleh kunci fokus, anda terpaksa menggunakan teknik auto-fokus(AF) atau manual-fokus(MF).



Langkah 4 tukar kepada fokus manual(MF) pilihan:
Jika anda sedang menggerakkan objek atau menggunakan flashgun, anda perlu menukarkan kepada MF supaya kamera tidak perlu mencari fokus lain. Anda boleh tidak menggunakan jika anda mahu.





Langkah 5 Mulakan "Shooting":
Dalam keadaan MF, fokus kamera anda tidak akan berubah untuk anda bergambar. Jangan lupa jika anda bergerak atau menukar panjang fokus zoom lensa, anda perlu memfokus semula. 

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Seni Fotografi Lukisan CAHAYA All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.