Ball Unhappy Cool Fast One line

Tutorial Fokus Dalam Gelap Bahagian 1

Saturday, 12 November 2011 | 0 comments

Suasana gelap sukar untuk fokus kamera
Seni fotografi lukisan cahaya ini kebiasannya dilakukan di tempat yang gelap. Oleh itu untuk melakukannya di dalam gelap, jurugambar perlu pandai dalam menetapkan atau setkan tetapan kamera dengan betul bagi mengelakkan kesilapan semasa melakukan lukisan cahaya ini. Bagi orang yang baru mula dalam seni lukis cahaya ini, fokus dalam gelap mendatangkan masalah kepada mereka. Hal ini kerana auto fokus tidak dapat berfungsi dalam gelap, kerana tidak dapat mengesan sebarang cahaya di kawasan gelap. Dengan ini tutorial ini akan menerangkan serba sedikit mengenai fokus dalam gelap.


Langkah ini untuk membolehkan fokus berfungsi untuk menerangi objek.


Auto-Fokus(AF):-


Langkah 1 menyediakan kamera: 
Letakkan kamera diatas tripod dan pilih kedudukan untuk tangakapan gambar anda. Kedudukan mestilah tetap dan kearah tempat hendak melakukan lukisan cahaya. Pastikan sebarang objek daripada bingkai kamera untuk mengenalpasti tempat kamera fokus.






Langkah 2 menetapkan auto-fokus(AF): 
Menetapkan auto-fokus di lensa kamera. Kamera akan mula mencari sesuatu untuk memberi tumpuan, tetapi kemungkinan tiada apa yang dijumpai kerana gelap. Oleh itu tetapkan tempat auto-fokus di tempat yang dikehendaki jika perlu.








Langkah 3 menerangkan kawasan:
Nyalakan lampu suluh dan suluh kepada kawasan yang hendak dibuat lukisan cahaya. Pastikan suluh ditengah-tengah kawasan tersebut dan lensa kamera dapat melihat cahaya tersebut. Boleh mengerakkan kamera bagi mendapat fokus tempat cahaya lampu suluh. Kamera boleh diletakkan ke tempat asal jika lensa kamera dapat fokus tempat tersebut.



Langkah 4 fokus: 

Sebaik sahaja subjek dinyalakan, teruskan untuk mengunci tumpuan ke atas subjek. Kebiasaannya ringan apabila menekan butang pengatup (shutter button) semasa mengunci tumpuan.








Langkah 5 Tukar kepada fokus manual(MF):
Selepas subjek dikunci, tukar auto-fokus (AF) kepada MF. Ini mengelakkan daripada kamera mencari lagi subjek untuk fokus apabila "shutter button" ditekan. berhati-hati semasa supaya tidak menyentuh "focus ring" kerana subjek akan menjadi blur atau hilang fokus.






Langkah 6 Mulakan Bergambar:
Dalam keadaan MF, fokus kamera anda tidak akan berubah untuk anda bergambar. Jangan lupa jika anda bergerak atau menukar panjang fokus zoom lensa, anda perlu memfokus semula. 

Teknik Menggerakkan Sumber Cahaya

Friday, 11 November 2011 | 0 comments

Sumber cahaya dalam seni fotografi lukisan cahaya penting kerana cahaya tersebut merupakan subjek di dalam gambar tersebut. Sumber ini boleh diperolehi melalui peralatan yang digunakan untuk melukis seperti lampu suluh dan seangkatan dengannya yang mengeluarkan cahaya. Contohnya:


Lampu suluh

Bunga api




Kayu bercahaya (glowsticks)


Laser



Poi Ball


Lightsabers

Sumber cahaya diatas boleh digerakkan mengikut keinginan jurugambar dalam membuat sebarang bentuk yang menjadi objek kepada lukisan cahaya ini.

Selalunya pergerakan ini perlu dilakukan berulang kali bagi mendapatkan objek dalam bentuk yang tepat. 

Teknik Tetapan Kamera

| 0 comments

Dalam seni fotografi lukisan cahaya ini terdapat pelbagai teknik dalam menghasilkannya. Antara salah satu tekniknya ialah teknik menetapkan tetapan kamera. 


Menetapkan MOD Kamera


Mod kamera
Mod manual (M) lebih sesuai kerana kamera akan di setkan mengikut kehendak fotografer itu, dan bukan kamera yang setkan untuk kita. M mod mudah dalam seni lukis ini, kerana apabila menggunakan mod auto seni lukis tidak akan menjadi.


Menetapkan kelajuan pengatup (shutter speed)

Kelajuan pengatup kamera
Kebiasaannya jurugambar akan menggunakan kelajuan pengatup setkan kepada BULB, kerana tiada had masa. Kita juga boleh setkan kepada kelajuan masa seperti 10 saat, 15 saat, 20 saat, 30 saat dan sebagainya.




Menetapkan aperture


Aperture kamera
Fungsinya adalah untuk membuatkan pengcahayaan terang (contoh bagi tetapan f/6 kebawah) dan pengcahayaan tidak terang (contoh bagi tetapan f/9 keatas). Selain itu aperture yang tinggi membuatkan cahaya daripada lampu suluh menjadi jelas atau sharp dan aperture rendah membuatkan cahaya lampu suluh menjadi besar dan mengaburkan garisan cahaya lampu suluh.



Menetapkan ISO kamera


ISO kamera

Semakin tinggi ISO, semakin sensitif kamera terhadap cahaya. Oleh itu penetapan ISO mestilah menepati objek yang hendak diambil. Bagi seni fotografi lukisan cahaya ini ISO 100 dan 200 sudah bagus.

Asas Dalam Seni Fotografi Lukisan Cahaya

| 0 comments

Pelbagai teknik diperlukan dalam menghasilkan karya seni yang menarik. Sebelum mengetahu teknik, kita perlu mengetahui asas dalam menghasilkannya dahulu contohnya dalam menetapkan tetapan kamera. Antara tetapan yang perlu diketahui ialah:

Pertamanya ialah menetapkan mod kamera anda, seperti A-DEP, M, AV, TV, P, Auto, potrait dan sebagainya.


Tetapan mod kamera


Kedua ialah menetapkan kelajuan pengatup (shutter speed). Ini untuk melambatkan waktu pendedahan cahaya lukisan tersebut. 

Tetapan kelajuan pengatup


Ketiga ialah menetapkan aperture. Aperture adalah untuk mengawal pendedahan gambar. 

Tetapan aperture


Keempat ialah menetapkan ISO (International Standards Organisations) kamera. ISO mengawal sensitiviti kamera kepada cahaya.

Tetapan ISO

Peralatan Melukis Lukisan Cahaya

| 0 comments

  • Antara peralatan penting yang diperlukan dalam fotografi lukisan cahaya ini ialah kamera. Semua jenis kamera boleh digunakan tetapi kamera yang dicadangkan kerana ia bagus dan cantik dalam menghasilkan lukisan cahaya ini ialah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex).

Kamera DSLR

  • Peralatan yang kedua ialah lampu suluh atau alat lain yang boleh mengeluarkan cahaya seperti lilin, mancis, lampu LED, bunga api dan seangkatan dengannya yang boleh digunakan untuk melukis.
Lampu Suluh

  • Peralatan yang terakhir ialah tripod kamera (bergantung kepada individu hendak menggunakan atau tidak). Fungsinya untuk menstabilkan kamera daripada bergoyang. 

Tripod

Selepas peralatan diatas ini telah lengkap, kerja lukisan boleh dijalankan.

Sejarah Seni Fotografi Lukisan Cahaya

| 0 comments

Fotografi datang daripada perkataan Yunani iaitu phos bermakna ("cahaya"). Grafik pula ialah ("stilus", "berus") atau grafi, yang bermakna melukis dengan cahaya.


Lukisan cahaya ini dipercayai telah digunakan hampir 100 tahun lalu oleh Pablo Picaso iaitu pengiat seni yang berasal daripada Sepanyol yang menggunakan teknik lukisan ini di dalam iklan aliran utama.


Fotografi lukisan cahaya ini mula ditemui pada tahun 1914 oleh Frank Gilbreth bersama isterinya Lillian Moller Gilbreth semasa menggunakan lampu-lampu kecil dan shutter terbuka kamera untuk menjejaki pergerakan pembuatan dan pekerjaan kerani. Beliau tidak menggunakan ini sebagai suatu karya seni tetapi sebagai kerja pemudahan.


Kerja pemudahan kajian

Fotografi lukisan cahaya ini mula diteroka pada tahun 1935 oleh Man Ray iaitu seorang pelukis. Beliau menghasilkan lukisan ini dengan membuka shutter kamera dan menggunakan penlight kecil untuk mewujudkan satu siri pusaran dan garis-garis di udara.


Lukisan udara


 
© Copyright 2010-2011 Seni Fotografi Lukisan CAHAYA All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.